
Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:
- Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
- Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
- Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
- Rendam kaki dalam air sejuk.
- Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
- Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
- Minum air secukupnya.
- Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
- Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
- Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
- Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
Berhati-hati
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:
- muka atau keliling mata bengkak.
- tekanan darah tinggi.
- kencing kotor.
- sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.
No comments:
Post a Comment