Monday, January 12, 2009

Kaki cantik bermula dengan tumit yang lembut


Para wakil media menikmati keseronokan spa ikan ketika sesi penerangan tentang penjagaan kaki oleh Aiken.

DITANYA pada setiap wanita pasti kebanyakan mengakui lebih gemar memakai kasut tumit tinggi. Malah, ramai yang menganggap lebih tinggi tumit kasut, lebih menawan gaya penampilan dan kaki mereka.

Ironinya, ramai yang kurang memberi perhatian pada anggota tubuh paling bawah itu, sedangkan tanpa disedari, kaki sentiasa terdedah kepada keadaan persekitaran yang kering dan keras.

Tumit merekah antara masalah yang kerap berlaku akibat pengabaian tersebut.

Menurut terapi kecantikan terkenal, Malar Moses, menjaga tumit dan tapak kaki sama penting seperti menjaga anggota tubuh badan yang lain kerana ia bukan semata-mata untuk kebersihan bahkan untuk kesihatan.

Katanya, antara penjagaan kaki paling mudah dan boleh dilakukan di mana-masa saja ialah menyapu dengan krim pelembap secara kerap kerana mampu melembutkan bahagian tumit tersebut.

"Seperti anggota tubuh lain, kaki juga perlu dibelai selalu. Ia perlu mendapat lembapan dan perlindungan, sama seperti penjagaan yang kita berikan kepada kulit wajah," katanya pada sesi khas bersama media mengenai penjagaan kaki oleh Aiken di Garrarufa Fish Spa di Bangsar, Kuala Lumpur.

Pada sesi tersebut, wakil media berpeluang mengalami rasa gigitan ikan garrarufa pada kaki mereka, kaedah rawatan spa yang semakin popular.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam, Selina Associates Sdn. Bhd. Fauziah Abu Bakar berkata, masalah tumit merekah memang membelenggu dirinya.

Beliau yang sememangnya memiliki kulit jenis kering menganggap ia satu halangan untuk tampil berkeyakinan terutama ketika berhadapan dengan klien.

"Masalah tumit merekah ini telah lama saya alami iaitu sejak mula bekerja tiga tahun lalu. Saya gemar berkasut tumit tinggi dan kerjaya saya menuntut banyak pergerakan dari satu tempat ke satu tempat," katanya.

Gadis berusia 25 tahun ini telah menggunakan pelbagai jenis krim pelembap dan hasilnya bersifat sementara.

"Memang sukar untuk mengelakkan masalah tersebut namun dengan pelembap yang sesuai ia sebenarnya boleh diatasi," katanya yang mengggunakan pelembap Krim Penjagaan Intensif Tumit Merekah Aiken.

Baginya, kirm tersebut berkesan secara intensif pada permukaan serta lapisan bawah tumit untuk melembut, melembap tumit yang kasar dan merekah.

Sumber : Utusan, ARKIB : 07/01/2009

No comments: