Monday, January 12, 2009

Syed Mohd. Sofee pentingkan kesihatan


Sejak mengambil suplemen, Syed Mohd. Sofee Syed Mokhtar sentiasa sihat dan bertenaga

SEORANG suami yang berkerjaya pasti akan memperuntukkan kira-kira 12 jam di luar rumah. Kesibukan kerja ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas mengehadkan masa mereka berada di rumah. Berada di pejabat untuk satu tempoh yang agak lama dengan bebanan kerja yang tidak pernah surut pasti mendatangkan tekanan pada individu yang terbabit.

Hakikat ini diakui oleh pegawai teknologi maklumat (IT) Boustead Holdings Bhd., Syed Mohd. Sofee Syed Mokhtar, 30. Beliau yang ditemui baru-baru ini mengakui kerjayanya sebagai pegawai IT benar-benar memberi cabaran yang tersendiri.

“Setiap hari saya berhadapan dengan pelbagai masalah yang melibatkan sistem maklumat. Orang ramai mungkin akan melihat kerjaya ini sebagai sesuatu yang mudah kerana berhadapan dengan komputer dan server, namun seorang pegawai IT secara tidak langsung berhubung dengan semua jabatan. Sebagai contoh jika server mengalami masalah seperti e-mel dan sebagainya, walaupun hanya mengambil masa selama lima minit, ia pasti mendatangkan tekanan kepada bahagian IT khususnya,” jelas Syed Mohd. Sofee ketika ditemui di Restoran Delicious, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tugasan Syed Mohd. Sofee bukan setakat tertumpu di pejabat, malah beliau juga terlibat dengan projek luar yang berkaitan dengan Boustead seperti projek untuk hotel terbaru Boustead, Royal Chulan.

“Bagi projek di Hotel Royal Chulan, saya terlibat dalam mengendalikan bahagian sistem maklumat dalaman serta luaran,’’ katanya.

Sementara itu, jelasnya, sejak tiga tahun beliau berkecimpung dalam bidang IT, projek yang paling memberikan tekanan ialah ketika syarikat minyak BP hendak ditukar kepada BHP.

“Dalam projek tersebut, saya berhadapan dengan tarikh akhir yang singkat untuk memindahkan semua jaringan ke jaringan yang baru,” cerita Syed Mohd. Sofee tentang kerjayanya.

Melihatkan kepada beban kerja yang dilalui lelaki ini, pasti ramai beranggapan bahawa beliau tidak mempunyai masa untuk beriadah.

“Saya cuba untuk ke gim sekurang-kurangnya sekali seminggu. Namun selepas 20 minit melakukan senaman kardiovaskular, saya mengalami lelah yang amat sangat dan tidak mampu meneruskan senaman. Saya tahu keadaan ini berpunca dari gaya hidup yang kurang sihat serta kurang senaman,” cerita beliau.

Beliau tidak menafikan perkara itu kerana selain terikat dengan kerjaya, beliau kini baru bergelar bapa kepada cahaya mata yang berusia sebulan.

“Syed Aydin, melengkapi kehidupan saya bersama isteri tercinta, Siti Natasya Roslan. Penat memanglah penat, namun saya bertekad untuk menyeimbangkan antara keluarga dan kerjaya. Dengan tekanan kerja dan masa santai bersama keluarga yang singkat membuatkan saya agak penat ketika di rumah.

Setelah berfikir cara terbaik untuk menambah tenaga, saya mengambil suplemen Safwa Health bagi menambah tenaga supaya saya lebih bertenaga walaupun selepas waktu kerja,” jelas pemegang diploma lanjutan sistem maklumat dari Universiti Kuala Lumpur ini.

Syed Mohd. Sofee mengambil keputusan mencuba suplemen setelah mengambil kira kehidupannya yang padat tanpa senaman yang konsisten.

“Ekstrak ginseng dan herba tradisional di dalamnya mampu mengatasi masalah lesu dan kekurangan tenaga lelaki yang berpunca dari gaya hidup aktif dan tidak sihat. Sejak mendapat cahaya mata, saya tidak sempat untuk memperuntukkan masa ke gim kerana mahukan masa berkualiti bersama anak dan isteri,” jelas lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

Syed Mohd. Sofee tidak menafikan perubahan ketara dirinya setelah mengambil suplemen.

“Alhamdulillah saya semakin cergas, bangun tidur pun lebih senang, dan kini setiap malam saya turut membantu isteri menjaga anak kami yang kerap bangun di tengah malam. Walaupun kerap bangun malam, saya tidak pula mengantuk ketika di pejabat. Apabila badan cergas, tekanan sekali gus hilang, justeru setiap cabaran di pejabat dapat ditangani dengan lebih tenang,” cerita beliau.

Pasti ramai yang mengalami gaya hidup seperti Syed Mohd. Sofee. Seperti kebanyakan lelaki bekerjaya yang lain, beliau turut mempunyai impian. Harapan beliau agar dapat menjadi suami dan bapa yang baik dan pada masa yang sama menjadi pekerja yang berkomitmen di pejabat.

“Saya ingin menyeimbangkan kedua perkara iaitu keluarga dan kerjaya secara maksimum. Untuk mencapai matlamat itu saya mesti pastikan tubuh badan sentiasa sihat dan bertenaga,” ujarnya menutup bicara.

Sumber : Utusan, ARKIB : 03/01/2009

No comments: