Monday, January 12, 2009

Buang toksin dalam badan


Kesihatan yang baik dan sistem dalaman badan yang bersih akan memancarkan seri dan kecantikan pada wajah. Kulit akan nampak bersih, sihat dan segar. Keprihatinan mengenai peri pentingnya kesihatan yang baik membuatkan ramai yang sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan produk makanan dan minuman berkhasiat.

Terbaru ialah Puteri Natural Beau'tea yang dikatakan mengandungi bahan-bahan yang mampu membantu mengurangkan lemak, melancarkan peredaran darah, mengurangkan bau badan, menyegarkan badan dan mengeluarkan sisa toksin yang terkumpul di dalam badan.

Menurut jurucakap Puteri Natural Beau'tea, Azhar Idris, minuman ini dibuat daripada campuran bahan-bahan seperti daun teh hitam, roselle, daun pudina dan daun sena maki.

"Teh hitam merupakan jenis teh yang paling baik daripada teh oolong, teh hijau dan sebagainya. Bau teh hitam lebih harum dan ia mengandungi lebih kafein. Bau dan rasa teh hijau boleh hilang dalam masa setahun namun teh hitam mengekalkan rasa dan baunya untuk beberapa tahun,'' katanya yang ditemui baru-baru ini.

Azhar berkata, roselle yang terdapat di dalam Puteri Natural Beau'tea pula mengandungi bahan-bahan anti-hipertensif. Ia mengandungi tiga kali ganda Vitamin C daripada buah oren. Daun sena maki berfungsi membuang keracunan di dalam badan. Bahan lain, iaitu daun pudina memberikan kesegaran kepada peminum minuman ini,'' jelasnya.

Katanya, mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan membuang lebihan lemak dapat melihat hasilnya jika mengambil teh ini secara berterusan dan teratur selama dua minggu.

Satu kotak Puteri Natural Beau 'tea berharga RM45.

Sumber : Utusan, ARKIB : 02/01/2009

No comments: