Jawapan: Ramai yang rasa tidak selesa untuk membincangkan secara terbuka mengenai kesihatan prostat kerana kelenjar ini memainkan peranan penting di dalam proses pembuangan air kencing dan juga kesihatan seksual. Pemeriksaan doktor adalah perlu sekiranya terdapat sebarang kelainan dan kehadiran simptom-simptom yang tidak pernah dialami, walaupun ia mungkin belum lagi mendatangkan sebarang kemudaratan kepada anda, kerana pencegahan awal adalah yang terbaik.
Simptom-simptom lazim pembesaran kelenjar prostat termasuklah:
* Kerap kencing terutamanya pada waktu malam dengan jumlah air kencing yang sedikit.
* Keinginan untuk kencing secara tiba-tiba
* Aliran air kencing yang lemah.
* Air kencing yang menitis walaupun selepas kencing.
* Kesukaran untuk memulakan seperti terpaksa meneran untuk kencing.
* Keinginan untuk kencing walaupun selepas kencing.
Sekiranya anda disahkan mengalami masalah pembesaran prostat atau juga dikenali sebagai Benign Prostatic Hyperplasia (BPH), jangan dibiarkan tanpa rawatan. Kombinasi herba seperti saw palmetto dan biji labu memberi kesan positif kepada masalah ini, terutamanya pada peringkat awal.
Herba saw palmetto adalah sejenis herba popular yang telah digunakan sejak sekian lama untuk melegakan simptom yang berkaitan dengan pembesaran kelenjar prostat. Kandungan utama ekstrak herba ini adalah asid lemak dan sterol. Ia memberi kesan terapeutik untuk menghalang aktiviti penukaran enzim 5-alfa-reduktase serta menghalang pengangkutan dan pengikatan Dihidrotestosteron (DHT) antara sel dan dengan itu akan mengelakkan pembesaran prostat daripada menjadi lebih serius dan juga menguatkan sistem reproduktif.
Saw palmetto mengandungi fitosterol yang merencatkan perkembangan sel. Kesan ini memungkinkan ia menyamai kesan yang diperoleh daripada pengambilan finasteride dan ubat-ubatan lain. Percubaan klinikal yang diterbitkan dalam The Journal of the American Medical Association (JAMA) mendapati lelaki yang diberikan saw palmetto melaporkan mengalami pengurangan simptom dua kali lebih rendah berbanding dengan kumpulan yang diberikan placebo.
Manakala biji labu telah lama digunakan oleh pakar herba dan ahli naturopati untuk merawat masalah prostat. Keberkesanan herba ini dipercayai akibat kandungan asid lemak perlu yang tinggi, zink dan sterol tumbuhan. Gabungan kedua-dua herba ini mungkin membantu anda melegakan simptom-simptom yang dihadapi.
No comments:
Post a Comment