Wednesday, February 25, 2009

Posisi Tidur Semasa Hamil

Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:
  • Saiz perut yang semakin besar
  • Sakit belakang
  • Pedih ulu hati
  • Sukar bernafas
  • Insomnia

Posisi yang terbaik

  • ImageTidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi.
  • Bengkokkan kaki anda.
  • Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
  • Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal.
  • Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda (daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.

Posisi yang harus dielakkan

  • Tidur terlentang
    Boleh menyebabkan masalah sakit belakang, pernafasan, penghadaman, sembelit, pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.
  • Tidur meniarap
    Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap.
Sumber : Ratuhati

No comments: