Wednesday, February 25, 2009

Memilih Kasut Ketika Hamil

ImagePemilihan kasut semasa hamil sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi keselesaan dan yang penting keselamatan bukan sahaja ibu, malah bayi dalam kandungan. Antara perkara yang perlu anda perhatikan ketika memilih kasut adalah...
  • Pilih kasut tanpa tumit yang lembut dan lebar. Elakkan tumit tinggi. Jika anda masih mahu kasut bertumit, pilih kasut dengan Ketinggian maksima tumit 1 hingga 2 inci sahaja dan pakai ketika kandungan belum mencecah enam bulan.

  • Kaki anda mungkin akan semakin melebar dan membengkak, terutamanya di akhir kehamilan. Bengkak akan surut tetapi kelebarannya mungkin kekal. Jadi anda tidak perlu melabur untuk membeli kasut yang sangat mahal dan berharap untuk memakainya selepas bersalin nanti. Saiz kasut anda mungkin naik kepada setengah atau satu daripada saiz sekarang.

  • Pilih kasut jenis sarung tanpa anda perlu membongkok badan anda untuk memakainya atau mengikat tali kasutnya kerana apabila perut anda semakin besar, anda akan sukar untuk membongkok mencapai kaki anda.

  • Kasut itu perlu dapat menyediakan sokongan dan dapat menyerap hentakan.

  • Pilih kasut dengan tapaknya yang mencengkam, bukan licin dan mudah tergelincir.

  • Beli kasut pada waktu petang atau malam kerana pada waktu ini kaki anda berada pada saiz maksimanya. Elakkan membeli kasut yang ketat atau muat-muat untuk mengelakkan pengaliran darah anda di kaki tidak lancar.

  • Pilih kasut jenis kulit atau kanvas yang berudara kerana ia tidak memerangkap lembapan.

  • Untuk lebih selesa, ibu hamil digalakkan memakai kasut sukan kerana ia memberi lebih keseimbangan.

  • Pemakaian stokin boleh mengurangkan bengkak kaki.

Kenapa tumit tinggi tidak digalakkan?
  • ibu hamil mudah mengalami sakit belakang
  • kedudukan tidak stabil membuatkan anda mudah jatuh
  • boleh menyebabkan betis dan bahagian kaki anda terasa penat dan kejang.
  • memberi kesan terhadap kedudukan tulang belakang dan lain-lain organ dalaman. Akhirnya ruang untuk bayi membesar akan turut terkesan.
Sumber : Ratuhati

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

No comments: