Wednesday, February 25, 2009

Masalah Biasa Semasa Hamil, Cegah dengan Pemakanan

Sembelit, mual, muntah, pening dan sakit ulu hati antara masalah berkaitan pemakanan yang biasa dialami oleh ibu hamil. Bagaimana mengatasinya dengan pemakanan?

Jika anda...

Sembelit

  • Sembelit biasa terjadi semasa kehamilan.
  • Pastikan anda mengambil air sekurang-kurangnya 10 gelas sehari.
  • Ambil makanan berserat tinggi seperti roti gandum penuh, bijirin oat, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Aturkan masa membuang air besar.

Mual, Muntah dan Pening

  • Jangan biarkan perut anda lapar.
  • Sediakan bekalan biskut dalam beg anda.
  • Asam mungkin menolong, tetapi elakkan jeruk yang mempunyai pewarna tiruan terlalu banyak.
  • Makan sedikit tetapi kerap.
  • Elakkan makanan berempah.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
  • Minum banyak air.

Sakit ulu hati (Heartburn)

  • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
  • Kunyah makanan dengan perlahan.
  • Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
Sumber : Ratuhati

No comments: